Monday, November 7, 2011

hargailah meraka selagi ada ..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu .. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya ..


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih , dia tidak peduli ! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.



3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya , di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamumerasa berat badan kamu sudah bertambah .



4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini , dia ingin tahu kegiatan kamu ..



5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’,‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya , kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya , menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu” , tapi berselindung ayat selain kata cinta itu ..



6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan , setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS ..



7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu , bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya , kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya .. Dan saat itu , matanya pasti berkaca .. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu ..



8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan , bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya .. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya , berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya , dan akhirnya kau musnahkan ? pasti kau lupa , tetapi bukan orang yang mencintai kamu ..



9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu , bahkan mungkin meminjam CD milik kamu , kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga , walaupun sukar meminati kesukaan kamu , tapi akhirnya da berjaya ..



10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema , atau batuk-batuk , dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu , peduli tentang kamu ..



11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian , dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung , dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu ..



12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa , tetapi baginya barang itu sangat istimewa ..



13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat , ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu , sehingga kamu menjadi bingung .. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya ..



14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu ..



15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain , dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu .. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu , pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’



16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih ..



17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS .. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu ..



18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala .. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi ..



19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia ! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu .. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu ..



20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya .. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu .. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya ..



21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya , dia akan menyedarinya dan menghilang darikehidupan kamu , walaupun hal itu membunuh hatinya ..



22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain .. Dia sentiasa menunggu kamu ..



23] Orang yang begitu mencintaimu , tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan , walaupun hatinya meronta ingin mengetahui , kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya .. saat kau pinta dia berlalu , dia pergi tanpa menyalahkan kamu , kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta ..

1 comment: